Pilihanraya kecil Kerdau yang dijalankan serentak dengan Merlimau memberikan beberapa analisa yang boleh dibuat kajian oleh kita semua.53 tahun negara merdeka dan sudah 12 kali pilihanraya umum dijalankan dimana rakyat sudah boleh memahami erti demokrasi (sepatutnya) seharusnya matang dan bijak berpolitik.Golongan tua terlebih dahulu yang mengalami pilihanraya dan demokrasi sewaktu awal negara merdeka mungkin faham kerenah dan rencah berpolitik serta merasai perbezaan dahulu dan sekarang ketika kempen pilihanraya baik pilihanraya umum atau kecil.Tetapi adakah perubahan berlaku ketika amalan demokrasi ini berjalan atau ianya tetap begitu sahaja sepanjang 53 tahun negara kita merdeka.Pilihanraya kecil Kerdau menceritakan segala-galanya dimana sistem pilihanraya demokrasi yang diatur oleh SPR untuk memilih calon oleh pengundi sebenarnya sudah melampaui batasan undang-undang pilihanraya itu sebenarnya.Yang bertanding adalah parti yang didaftarkan dan dibenarkan oleh undang-undang.Masing-masing ada hak untuk berkempen.Dan perlulah kempen yang dijalankan dapat dipergunakan oleh parti untuk menerangkan dasar-dasar parti masing-masing,serta langkah-langkah yang akan diambil oleh parti sekiranya menang.Bukannya hendak menyebelahi mana-mana pihak,pilihanraya kecil Kerdau menggambarkan yang bertanding adalah diantara kerajaan dan parti dan bukannya parti dengan parti.Begitu juga dimana-mana pilihanraya kecil sebelum ini.Perjalanan demokrasi itu sebenarnya telah cacat.Cacat kerana ianya telah diperlakukan secara sewenang-wenangnya tanpa ada teguran kerana yang mencacatkan itu adalah dari parti yang memerintah.SPR seringkali mendakwa telus dan adil sewaktu mengendalikan pilihanraya namun memejamkan mata apabila secara terang-terangan pencabulan pilihanraya dimana kempen telah berjalan ketika penamaan calon belum bermula dan bakal calon belum pun lagi dipilih.Perlu diingatkan bahawa,kita bukan hidup dizaman 60an dimana sesuatu peristiwa itu lambat diketahui tetapi sekarang tidak sampai sesaat ianya sudah berlegar di seluruh negara.Sampai bila SPR hendak menganggap rakyat bodoh apabila memberi kenyataan pada akhbar dan memberitahu ianya adil dan telus walhal didepan matanya sendiri perlanggaran pilihanraya berlaku.
Bertambah matang dan cerdik masyarakat kita berpolitik?.Tidak.Ianya akan tetap begitu pada 10,20 tahun akan datang.Mengapa berlaku sedemikian kerana kita tidak pernah mahu belajar dan tidak akan mahu belajar.Apatah lagi ianya diajar oleh pemimpin parti sendiri yang sememangnya tidak mahu ahli-ahli partinya menjadi matang dan cerdik berpolitik.Sebabnya apabila masyarakat cerdik berpolitik,ugutan,penipuan dan janji-janji tidak lagi memainkan peranan.Yang dapat mempengaruhi pengundi adalah kebenaran dan fakta-fakta yang nyata dan jelas.Hasil kerja yang terbukti dan kehendak pengundi yang telah terlaksana dan bukannya janji-janji yang belum pasti.Seharusnya apabila sudah 53 tahun merdeka dan 12 kali pilihanraya,baling membaling dan fitnah memfitnah sudah tidak wujud lagi.Disini dapat digariskan bahawa masih ada sekelompok rakyat yang tidak berilmu dan tidak bertamadun yang tidak memahami apa itu pilihanraya.Mungkin mereka ini tidak pernah diajar bagaimana menghayati pendapat orang lain atau tidak tahu menghargai bahawa pilihanraya adalah perjuangan ideologi.Ini harus diajarkan kepada generasi muda yang akan mewarisi negara ini pada masa akan datang.
Catatan Popular
-
Semalam ada kemalangan jalan raya lagi.Maut dan maut.Isteri jadi janda, suami jadi duda, dan anak menjadi yatim piatu.Kempen banyak dah.Mera...
-
Ramai yang tidak sedar bahawa disebalik sesuatu musibah yang berlaku ada kebaikan yang tidak nampak oleh mata kasar manusia.Sesuatu yang ber...
-
Pilihanraya kecil Kerdau yang dijalankan serentak dengan Merlimau memberikan beberapa analisa yang boleh dibuat kajian oleh kita semua.53 ta...