Catatan Popular

Sabtu, 29 Januari 2011

Hikmah disebalik keributan

Ramai yang tidak sedar bahawa disebalik sesuatu musibah yang berlaku ada kebaikan yang tidak nampak oleh mata kasar manusia.Sesuatu yang berlaku itu mendatangkan kesedihan pada sebelah pihak tetapi menggembirakan hati disebelah pihak yang lain.Malah ianya mendatangkan lebihan rezeki yang melimpah ruah pada yang pandai mengambil kesempatan.
Kalau tidak silap saya pada bula Mac atau April (Kalau silap tolong maafkan),masyarakat India akan melakukan ritual agama mereka yang kuilnya terletak di Sungai Jerik,Maran.Permulaan upacara tersebut adalah berjalan kaki dari Kelang ke Maran(Sg. Jerik)yang memakan masa 3 atau 4 hari.Mereka akan berjalan kaki samada hujan atau panas terik dengan matlamat sampai di kuil tersebut.Pada mulanya masyarakat disana tidak nampak peluang membuat duit dengan adanya acara tersebut yang saban diadakan setiap tahun.Tetapi kini acara tersebut amat dinantikan kerana peluang yang ada sudah nampak didepan mata.Banyak gerai-gerai dibina pada hari acara tersebut diadakan.Dengan anggaran 10,000 manusia yang berkunjung kekawasan tersebut adalah peluang untuk membuat duit.Cukup menjual air batu cebok istilah peniaga pasar malam merupakan satu perniagaan yang paling senang mendapat duit,dan dikhabarkan banyak kesempatan-kesempatan lain di adakan untuk kegunaan pengunjung-pengunjung dengan pendapatan yang agak lumayan.Inilah yang dikatakan peluang yang dikatakan datang tanpa diduga.Hanya yang pandai ambil kesempatan dan pantas bertindak akan mencapai kejayaan.
Kesedihan bagi satu pihak tetapi kegembiraan bagi pihak yang lain.Istilah ini sesuai digunapakai bagi pengamal politik.Kematian seseorang ADUN adalah satu berita gembira bagi orang politik.Kesedihan keluarga simati hanya ditanggung bersama selama 3 atau 4 hari sahaja tetapi selepas itu ianya akan dllupakan kerana bermulanya lobi melobi untuk menjadi calon menggantikan aruahnya simati.Sebenarnya rezeki melimpah ruah apabila seorang ADUN meninggal dunia.Akan ada penamaan calon.Pada harinya penamaan calon,beribu akan datang meramaikan dan menyokong calon yang bertanding.Pada waktu itu sesiapa yang pandai mengambil peluang akan kembong poket.Pedulikan calon dan parti yang bertanding,yang penting jualan kita laris.Berarak dan bersorak mendatangkan kelaparan,waktu itu nasi dan air minuman akan jadi tumpuan.Jual saja nasi bungkus dengan telor goreng dan jual pada harga RM4.00 sebungkus beserta air minum,sudah pasti lenguh jari mengira duit yang masuk.Waktu kempen yang lama adalah waktu sesuai menawarkan kediaman untuk disewa.Petugas-petugas parti daan SPR memerlukan kediaman dan tempat rehat selepas lelah bertugas.Jangan fikirkan calon dan parti.Tolak tepi untuk berkhidmat kepada masyarakat atau memerlukan pengorbanan yang penting duit masuk.10 hari kempen sewakan kediaman RM5,000.00 mungkin sesuatu yang tidak dapat ditolak oleh mereka yang terlibat dalam pilihanraya kecil tersebut.
Buka gerai 24 jam sewaktu masa berkempen,tidak lama kerana ianya bukan selalu melainkan ADUN yang menang mati pula selepas itu.Mungkin lebih elok ADUN dikawasan yang sama selalu mati,itu berita gembira buat semua kerana peluang buat duit datang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan